Selamat Hari Raya Aidiladha
buat semua rakan-rakan blogger dan rakan-rakan bukan blogger yang sekadar singgah membaca..
macam mana perjalanan hari raya korang hari ni?
ermm nak share citer pasal raya hari ni kat korang..
pepagi macam biasalah siapkan semua juadah untuk pagi raya..
adik dan atuk ke masjid untuk tunaikan solat hari raya..
lepas semua dah berkumpul kami bergerak ke pusara..
melawat pusara arwah mak. abah dan nenek...
tersentuh juga hati bila berada di depan pusara mereka..
tetapi kenalah kuatkan diri depan adik-adik dan atuk..
balik dari pusara berehat jer le kat umah..
tak ade aktiviti nak buat..
terlelap sekejap depan tv hehhehehe..
(buwoknyer le kan)
tetiba aku terdengar bunyi kereta di perkarangan rumah..
ermm sapelah plak datang beraya ni..
then bila menjengah je keluar...
ooOooOooOoooO dia ni..
huhuhu sorang kawan dan pernah menjadi bf aku tu..
kekekke miss him so much..
jangan fikir laen k..
as a frenz jer..
act lama dah kami x bertegur sapa..
hari tu masa aku kemalngan ade jugak dia dtg tapi kami x berborak sangat...
then hari ni kami berborak sakan..
seperti saat-saat kami jadi kawan baik dulu...
alhamdulillah..
itulah yang aku harapkan tiada permusuhan antara kami...
syukur juga sebab dia leh terima keputusan aku..
walaupun dia kata memakan masa juga..
hehehehhe i like...
memang baru aku sedar..
dia dan aku memang ditakdirkan untuk menjadi sahabat karib yang teramat baik..
sebab bila kami gantikan hubungan itu dengan hubungan cinta ianya tak menjadi...
huhuhu aku lebih seronok menjadi sahabatnya dari menjadi cintanya..
tapi he said..
dia akan tunggu pintu hati aku terbukak jugak untuk dia..
alamak...
ermmm entah bila le yer...
coz.. hatiku dah dimiliki...
walaupun yang memiliki hatiku tak pernah nak menghargai semua ni..
namun si bodoh ini..
macam orang bodoh menanti..
k ler..
tq kepada tetamu tak diundang tu..
yang telah membawa senyuman untuk aku hari ni..
love to be your frenz.. :-)