~ Untuk Seseorang ..... ~

| Sabtu, 29 Mei 2010
Aku tak pandai nak berkata-kata
atau sebenarnya aku memang sudah dah habis kata-kata kot..
blank je kepala hotak ni
dah tak tahu nak diterjemahkan macam mana
tetiba bila aku hayati lirik lagu Shahir ni
macam kena je dengan apa yang aku hadapi sekarang ni
so.. untuk seseorang tu
dengarkan lagu ni untuk kamu yaaaa...

~ KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN : SHAHIR AF8 ~

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh

Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti


(ulang chorus)

P/S : hanya mampu menangis......

:. KU ADA KAMU .:

|
~ KU ADA KAMU : ADIRA .:


Di kala ku kehilangan
di dalam kegelapan
kau suluhkan sinar petunjuk
di kala ku kesedihan
kau ukirkanku senyuman

Dengan penuh sabar memujuk
engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
seandainya esok runtuh langit dijunjung
tabahlah menjunjung bersamaku
seandainya esok dunia dilanda gelora
tak kan ku gemuruh selagi ku ada kamu

di kala ku tak pasti
kau tampil dengan berani
membimbing agar lebih yakin
dan bila hidup penuh soalan
kau berikan jawapan
melengkap segala kekurangan

engkau menyambut tiap kali ku terjatuh
tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu



p/s : ditujukan pada seorang, walaupun dia x akan faham..

:. Cuba Ko Di Tempat Aku .:

| Isnin, 24 Mei 2010
Huhuhuhu jam dah menunjukkan pukul 5 pagi.. tapi aku x leh tido lagi..
ntah apa yang aku buat dari tadi aku pun tak tahu..
mula2 tadi tgk cite titanic pas tu sambung plak tgk citer naruto..
hahahahaha..
nape aku x leh tido??
may be sebab aku tensen dengan seseorang kot..
org yang aku sayang...
nape aku sakit aty?
adeii... x payah le aku citer kenapa..
buat tambah sakit aty jer..
may be pada si dia benda ni hanya nampak kecik jew..
pada aku plak lain..
dan pantang sekali aku kalau di samakan dengan orang lain...
bak dia kata... kalau dia tu ok je napa aku nak melenting??
huhuhuhu orang lain.. dia punya hal ler.. tapi aku lain..
ermm kadang2 aku terfikir may be aku ni better hidup sendiri kot..
dalam berhubungan ni kalau kita asyik nak ikut macam orang lain susah ler..
orang nak itu kita nak itu..
orang wat macam ni kita pun nak wat macam ni...
ermmm tapi jalannya x ade.. cam ne plak..
kata orang usaha itu tangga kejayaan... tui tak?..
pas tu yang tambah menyakitkan hati ada plak jawapannya
x dapat kasih sayang dari kekasih sendiri..
ade ke macam tu.. so itu le di jadikan alasan tuk cari orang lain agaknya..
adeii kalau korang di tempat aku le.. korang rasa tak sakitnya...
may be dia x suka dengan sikap brutal aku kot..
aku tak salahkan dia pun kalau nak cari lain..
lantak ler.. aku dah malas nak fikir..
aku memang malas nak luahkan kat dia ketidakpuasan hati aku ni..
bukan apa... sikap dia tu mudah merajuk..
salah cakap skit dah merajuk plak..
kalau aku merajuk ni patut le sebab aku pompuan..
tapi kalau lelaki yang merajuk adei..
ermm... tu ler masalahnya...
cubalah dia matang skit kan bagus...
aku sayangkan dia..
tapi aku cuma nak dia berubah..
berubah ke arah kebaikan..
dah berbuih mulut ni bercakap
( bukan bercakap sebenarnya... menaip yang sebetulnya)
entah ea.. apa yang aku nak dia berubah??
banyak perkara..
pertama sekali tentang kerjayanya..
tapi susah le nak cakap
karang tegur lagi dia majuk lagi...
sekarang ni pun aku x tahu
aku yang majuk dia ke yang majuk..
apapun aku berserah pada takdir tentang hubungan ni..
aku tahu kasih sayang je tak cukup tuk menjamin kebahagiaan..

:. Entry Ntah Ape2 .:

| Sabtu, 15 Mei 2010
Hari ni tido sampai lewat petang..
macam orang makan pil tido.. sedar2 dag kui 5 petang..
pintu bilik berkunci.. x dak sape le plak yang mengetuk atau memang aku yang dah tido mati sampai tak dengar sore orang mengejut... huhuhu
malam tadi x tido sampai ke pagi... sampai kui 6 pagi aku melayan astro..
ntah ape2...
ni pu sebenarnya masih lalok2 lagi coz bangun dari tido..
( bukan lalok benda len k )
hujan le plak kat sini... huhuhu
macam nak sambung tido je lagi..
tapi terdengar plak sore atuk kat luar tu..
"mangun... mangun.. dah nak maghrib ni"
huhuhuhu so dengan malasnya aku nak bangun le ni..
wawaawa mandi hujan2 ni... sure le memang kena mandi air panas...
sejukkkkkkk.......

:. CALL DARI YANG X DI SANGKA .:

| Jumaat, 14 Mei 2010

waaaaa....
aku baru jer.... dapat call dari seseorang..
yang rasanya dah 6 bulan kot aku x dgr sorenyer..
terkejut giler aku..
dah le aku baru mangun tido..
lidah pun kelu je nak kata ape..
then aku kata kat dier.. nanti aku call balik aku tgh bz laa ni..
walhal aku dah separuh gegel dah...
waaaa apa dai nakkk????
saat aku dah mula lupakan dia.. wat pe dia dtg balikk...
huhuhuhuhuhu
giler aku cam ni...

:. SILATURAHIM : SAMUDERA .:

| Khamis, 13 Mei 2010


Engkaulah rohaniku
Mengalir di jiwa
Kau nur berkilauan
Di jantungku
Nafas kuhela menyebut
Indah namamu
Kau yang satu

Aku saksikan ujian
Alam terbentang
Namun dirimu jadi pujaan
Walau diganti di tangan
Bulan dan bintang
Rela denganmu disatukan

( korus )
Kucari kutanya
Hanya sebut namamu
Ku sedar ku lena
Kau tetap bersama

Kini kau yang kumiliki
Nama rupa dan cara
Bersatu jasad dan nyawaku
Kita serupa

Sempurna janji kita
Bersaksikan bumi
Dan tujuh petala langit tinggi
Aku pasti
Merasai cinta suci
Silatulrahim

( solo )

( ulang korus )

Kasihmu tiada dapat ku cari ganti
Hinggaku rela hancur keranamu
Tiada kata dapat kulafazkan lagi
Waktu di syurgawi cintamu


p/s : ingat zaman2 sekolah dulu bila dgr lagu ni... i likeeeee~~

Bukan Ler Baru Sangat

|
Ni adalah blog baru aku..
walhal aku bukan le baru berblog..
nak kata otai tu pun belum le sampai tahapnyer..
tapi adelah dalam setahun dua mengenal dunia blog ni..
cuma ni adalah blog aku yang terbaru ler..
ermmm mesti ade yang tanya nape aku wat blog baru lagi ni..
jawapannyer... ermm nape ea?? hehehe
aku pun x tahu ler..
may be blog ni akan jadi diari aku untuk tahun 2010 ni kot..
( ceh.. padahal dah nak masuk setengah tahun baru nak citer pasal diari)
hehehe apepun aku harap korang yang singgah di sini will enjoy dengan blog aku ni..
pada yang tak suka dengan hasil tulisan aku ni harap2 tutup mata n tutup je page aku ni dari skrin korang tu hehehehe..
"
""
kalau ade yang sudi jadi follower lagi bagus... leh kongsi macam2 citer lepas ni k..
korang follow aku.. aku follow le korang balik...
muahhhh hidup bloger2 di Malaysia..

:. Aku .:

|

Aku hanya manusia biasa..
yang menulis tuk mengutarkan kata..
kadang kala lidah kelu untuk bersuara..
hanya tarian pena yang dapat meluahkan segala rasa...
andai airmata menghapus luka..
tulisan ini bisa membasuh darahnya...
andai tawa ria menutup lara
tulisan ini bisa membina senyuman semula..

Senarai Blog Saya

Ada Penulis Lain Di Blog Saya!

HYe Mr blog..
satu hari tak bertemu kamu chienta jadi rindu...
Muacccs mr blog..

mr blog..
chienta nak bagi tau..
nanti akan ade penulis baru dalam blog ni..
penulis jemputan?
ermm lebih kurang macam tu lah..
Mr Star nama dia..
Incik Bintang..
kekekke chienta tak tahu apa yang dia nak tulis..
tapi silap2 chienta leh gaduh pasal entry dengan dia kat sini..
hehehhe gurau je..
incik bintang baru nak try2 jadi blogger..
so let him try ok...

mr blog jangan terkejut..
be nice to him ok..
so ..
jom kite tunggu ape entry pertama dari Inbcik Bintang!!!
ZassSSssss!!
 

Copyright © 2010 Chienta Hatiku