Warkah Bisu...

| Selasa, 28 September 2010

Salam..
Maaf andai warkah bisu ini menjadi jawapan pada setiap soalanmu..
Maafkan aku kerna hanya membisu tanpa kata setiap kali kau ajukan pertanyaan..
Kerna tiada bahasa dapat aku suarakan setiap luahan hati ini..
Aku sendiri tidak mampu mengerti perasaan ini..
Kadang kala aku seolah yakin bahawa aku menyayangimu..
Tapi bila aku tepuk dada ini.. rasa ini hanya sayang.. kerna perasaan Cinta itu tak pernah datang..
Bila ku pejamkan mata membayangkan lelaki yang ku cinta..
Terlahir gambaran seorang insan yang bukan kamu..



Maafkan aku..
Bila mana aku tidak mampu menyintaimu sehingga ke hari ini..
Di hati ini tersemat hanya satu nama..
Satu nama yang sudah tersemadi indah walau dengan hanya sesingkat perhubungan..
Berkali aku cuba membuang nama itu ia tetap hadir erat dalam jiwa ini..
Berkali aku cuba membenci nama itu..
Namun hatiku masih kuat menyintainya..


Maafkan aku..
Aku tahu waktu ini lelaki yang aku cintai itu bukan milikku lagi..
Mungkin dia sedang bahagia dengan gadis pujaannya..
Tapi aku masih di sini.. merindu tiap kehadirannya..
Menantikan sayup indah suaranya..

Maafkan aku..
Kerna melukakanmu..
Besarnya pengorbananmu kerna sanggup menunggu..
Menunggu hati ini terbuka untukmu..
Tapi ku rasa elok kau teruskan sahaja kehidupanmu..
Kerna aku belum tentu dapat membahagiakanmu..


Maafkan aku....
Kerna hingga ke saat ini aku hanya merindu lelaki itu..
Yang aku rasa sekali pun belum tentu ingat pada aku..
Aku perhatikan namanya selalu..
Wajah dan senyumnya..
Namun aku tak mampu memiliki lelaki itu..
Bodohnya aku..
Hanya mampu berdiam menyimpan semua perasaan..
Kerna aku juga tak mampu bersuara untuk meluahkan rasa..


Maafkan aku..
Izinkan aku sendiri..
Mencari apa yang tak pasti..
Ku harap kau akan berhenti menanti..
Teruskanlah perjalananmu sendiri..
Kerna aku tetap aku..
Di sini... sunyi... sepi.. sendiri...

4 ulasan:

{ Kuman Chaos } at: 28 September 2010 5:35 PTG berkata...

sedihnya.... nak pinjam boleh?

kat ujung tu kalau tambah .."menanti" pun lawa
jadi cegini... "Di sini... sunyi... sepi... sendiri... menanti.."
kuman "terharu.." Entry

{ Chienta Hatiku } at: 28 September 2010 5:47 PTG berkata...

huhuhu menanti?
tak ada yang nak di nanti kot..
yang di nanti dah berpunya..
lebih baik sendiri..
huhuhu

{ Kuman Chaos } at: 28 September 2010 10:52 PTG berkata...

menanti yang baru ler.. :) yang dah berpunya buat mende.. :)Kuman "jatuh" Entry

{ Chienta Hatiku } at: 29 September 2010 2:04 PTG berkata...

kekekke... menanti yg baru ea?... hehehe ade ke yg sudi hahahaha
( ayat poyo)

Senarai Blog Saya

Ada Penulis Lain Di Blog Saya!

HYe Mr blog..
satu hari tak bertemu kamu chienta jadi rindu...
Muacccs mr blog..

mr blog..
chienta nak bagi tau..
nanti akan ade penulis baru dalam blog ni..
penulis jemputan?
ermm lebih kurang macam tu lah..
Mr Star nama dia..
Incik Bintang..
kekekke chienta tak tahu apa yang dia nak tulis..
tapi silap2 chienta leh gaduh pasal entry dengan dia kat sini..
hehehhe gurau je..
incik bintang baru nak try2 jadi blogger..
so let him try ok...

mr blog jangan terkejut..
be nice to him ok..
so ..
jom kite tunggu ape entry pertama dari Inbcik Bintang!!!
ZassSSssss!!
 

Copyright © 2010 Chienta Hatiku