Salam..
Maaf andai warkah bisu ini menjadi jawapan pada setiap soalanmu..
Maafkan aku kerna hanya membisu tanpa kata setiap kali kau ajukan pertanyaan..
Kerna tiada bahasa dapat aku suarakan setiap luahan hati ini..
Aku sendiri tidak mampu mengerti perasaan ini..
Kadang kala aku seolah yakin bahawa aku menyayangimu..
Tapi bila aku tepuk dada ini.. rasa ini hanya sayang.. kerna perasaan Cinta itu tak pernah datang..
Bila ku pejamkan mata membayangkan lelaki yang ku cinta..
Terlahir gambaran seorang insan yang bukan kamu..
Maafkan aku..
Bila mana aku tidak mampu menyintaimu sehingga ke hari ini..
Di hati ini tersemat hanya satu nama..
Satu nama yang sudah tersemadi indah walau dengan hanya sesingkat perhubungan..
Berkali aku cuba membuang nama itu ia tetap hadir erat dalam jiwa ini..
Berkali aku cuba membenci nama itu..
Namun hatiku masih kuat menyintainya..
Maafkan aku..
Aku tahu waktu ini lelaki yang aku cintai itu bukan milikku lagi..
Mungkin dia sedang bahagia dengan gadis pujaannya..
Tapi aku masih di sini.. merindu tiap kehadirannya..
Menantikan sayup indah suaranya..
Maafkan aku..
Kerna melukakanmu..
Besarnya pengorbananmu kerna sanggup menunggu..
Menunggu hati ini terbuka untukmu..
Tapi ku rasa elok kau teruskan sahaja kehidupanmu..
Kerna aku belum tentu dapat membahagiakanmu..
Maafkan aku....
Kerna hingga ke saat ini aku hanya merindu lelaki itu..
Yang aku rasa sekali pun belum tentu ingat pada aku..
Aku perhatikan namanya selalu..
Wajah dan senyumnya..
Namun aku tak mampu memiliki lelaki itu..
Bodohnya aku..
Hanya mampu berdiam menyimpan semua perasaan..
Kerna aku juga tak mampu bersuara untuk meluahkan rasa..
Maafkan aku..
Izinkan aku sendiri..
Mencari apa yang tak pasti..
Ku harap kau akan berhenti menanti..
Teruskanlah perjalananmu sendiri..
Kerna aku tetap aku..
Di sini... sunyi... sepi.. sendiri...